Usahawan Kosmetik

Siapa yang tak kenal dengan usahawan penuh kontroversi, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman. Beliau merupakan antara pengasas kosmetik dan kecantikan yang berjaya di Malaysia. Cik Ty dimaklumkan yang ayah beliau telah meninggal dunia sebentar tadi setelah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Salam takziah daripada warga kerja meecks kepada keluarga Aliff.

Cik Ty mendapat khabar berita sedih ini setelah disahkan sendiri oleh setiausaha peribadi Aliff menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman instagram rasmi beliau.

“Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsani kepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya..”

Aliff sempat memuat naik satu video di instagramnya yang memaparkan bapanya, Kamarzaman, sedang mendapatkan rawatan di hospital beberapa jam sebelum ini. Situasi pilu itu ternyata mengundang rasa sebak di kalangan pengikut di akaun instagram miliknya.

Kebanyakan netizen dilihat sebelum itu membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesejahteraan bapanya dan kembali sihat seperti sedia kala. Moga segala urusan Aliff dipermudahkan dan arwah bapanya, Kamarzaman ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

“Doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pada abah. Syukri banyak dosa dengan abah.. Ya Allah….abah saya datang ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung… .. Tak telefon tak apa terus dia datang…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….”

“Doakan segalanya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg tak nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu sy dah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…”

 

View this post on Instagram

 

syukri akn buat apa sahaja demi abah..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

View this post on Instagram

 

doakan abah saya selamat.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah😭😭syukri byk dosa dgn abah.. . . . Ya Allah….abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2minggu di kampung… .. x telefon x apa terus dia dtg…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg x nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa😩 dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu😢😢 sy dah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Warga meecks sekali lagi mendoakan Dato’ tenang dan sabar menerima ujian ini. Yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya.

“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari seksa kubur dan Neraka”.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here