Nasi Ayam Goreng Kunyit adalah antara makanan yang popular di negara kita ketika ini. Lihat sahaja di mana-mana pasti akan ada peniaga yang menjual makanan ini tidak kira samada di gerai atau restoran mahupun dengan foodtruck dan juga di tepi-tepi jalan.

Ini kerana Nasi Ayam Goreng Kunyit sangat simple disamping harga yang berpatutan untuk dinikmati selain rasanya yang agak menyelerakan. Memandangkan ekonomi semasa yang agak merudum menambahkan lagi permintaan terhadap makanan ini. Harganya sekitar RM5-RM6 sahaja untuk setiap satu hidangan. Majoriti rakyat Malaysia merupakan penggemar ayam jadi ini menambahkan lagi makanan ini diterima oleh semua golongan.

Penggemar masakan ini bukan sahaja dari golongan dewasa malah kanak-kanak juga menyukai masakan ayam goreng kunyit ini. Rangup dan panas sesuai untuk dimakan bersama nasi yang baru dimasak dan dimakan dengan begitu sahaja.


D.I.Y NASI AYAM GORENG KUNYIT MUDAH DAN CEPAT

Bagi anda yang ingin memasak sendiri juadah ini supaya lebih puas dinikmati kerana kuantiti lebih banyak, anda boleh menggunakan cara dan resipi ayam goreng kunyit yang menjadi viral ketika ini.

Bahan-bahan untuk ayam :
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam, secukup rasa dan paling penting rasa dulu.

*Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. Biarkan ayam tenggelam sepenuhnya dalam minyak.

Cara-cara Memasak
1. Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang.
• Angkat dan toskan.

Bahan untuk sambal :
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Tumbuk sehingga halus bahan-bahan di atas dan masakkan sekejap di atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit. Siap!

Disyorkan makan bersama nasi panas dan kicap. Memang sedap terangkat  sekiranya sambal itu pedas berapi.

Selamat mencuba resepi yang simple ini dan yang paling penting ianya sedap giller!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here