DALAM NEGERI

Akibat Cuaca Panas Melampau, Inilah Antara Negeri Yang Perlu Berjaga-jaga

Seperti mana yang Abang Soh maklum sebelum ni menerusi artikel Strok Haba yang mana negara kita Malaysia sedang mengalami pemanasan global. Seingat Abang Soh sewaktu belajar di UTM Skudai, fenomena ekuinoks berlaku dua kali setiap tahun apabila matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas. Perghhhh memang laku keras kedai yang jual air teh ais pior ikat tepi lepas ni.

Menurut pembacaan Abang Soh di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Malaysia mengalami gelombang haba sehingga suhu mencecah 36.9 darjah Celcius di beberapa kawasan. Sejurus itu, Abang Soh menasihati awak-awak yang sedang baca artikel ni supaya berjaga-jaga dan sentiasa memperbanyakan meminum air kosong untuk mengekalkan hidrat tubuh badan kita. Kurangkan aktiviti di luar rumah sewaktu tengah hari.

Kalau tak percaya, cuba jer keluar rumah waktu tengah hari atau petang, tak sampai seminit make up awekks cair. Kesian dorang dah la lama nak bersiap kan. Keluar sahaja rumah bahang haba yang terasa membuatkan aktiviti harian kita sedikit terjejas dan terbatas. Abang Soh dimaklumkan juga negara kita yang tercinta aman damai kini mengalami cuaca panas yang berterusan sekurang-kurangnya selama 3 hari.

Antara 10 kawasan yang mengalami gelombang haba tahap 1 (keadaan berjaga-jaga) di negara kita iaitu Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping iaitu akan mengalami suhu maksimum harian mencecah 35 darjah Celcius hingga ke 36.9 darjah Celcius. Manakala, untuk kawasan selain yang Abang Soh senaraikan tadi di Malaysia masih di tahap biasa iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.

Sumber Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, mereka tidak mengalami sebarang gelombang haba seperti yang terjadi di beberapa kawasan di sekitar semenanjung Malaysia. Ia tidak bermakna mereka boleh berfoya-foya waktu petang. Masih memerlukan payung untuk berjalan di bawah bahang matahari untuk mengelakkan sunburn. Hehe (gelak malu)

Secara logiknya, bila cuaca panas, badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan atau dikenali sebagai dehidrasi dan sekali gus dapat mengelakkan sawan air. Okey lah, Abang Soh chow dulu nak ambil anak sekolah jap. Jangan lupa share informasi yang Abang Soh maklumkan ini bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *