Mengikut hasil penyiasatan dan pembacaan Abang Soh, Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun. Sekali pada bulan Mac dan kemudian bulan September. Fenomena ni berlaku apabila matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Dengan keadaan panas yang melampau ni, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Berbeza dengan suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius. Macam mana badan kita nak menahan suhu panas macam tu? Duduk lama dalam ofis yang ada air-cond pun merungut.

Jadi, apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Tu proses yang normal tetapi ia akan menjadi bahaya jika berterusan dan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Adehh, patut la semalam waktu Abang Soh jogging pukul 12 tengah hari kat Tasik Metropolitan Kepong, tekak haus jer tengok awek jual air teh pior free cincau kat tepi jalan tu. Rupanya proses dehidrasi disebabkan panas melampau.

Berikutan dengan cuaca panas melampau yang melanda negara, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan agar pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi menghentikan sebarang aktiviti luar. Ia bagi mengelakkan golongan yang berisiko tinggi seperi kanak-kanak, orang tua dari mengalami serangan strok haba. Takkan nak tunggu perintah berkurung barulah kita nak ikut. Jadi, sekarang waktu yang sesuai untuk kita berehat kat rumah sambil layan sinetron.

“Kalau hendak diadakan juga aktiviti luar termasuk bersukan, ia perlu dijalankan awal pagi dan berakhir sebelum 9 pagi atau lewat petang.

“Selepas jam 9, cuaca semakin panas dan pernah direkodkan mencapai lebih 40 darjah celcius dan ini boleh menyebabkan strok haba,” katanya.

Berikutan cuaca yang panas sehingga boleh menyebabkan dihidrasi dan seterusnya mengakibatkan strok haba, Dr Zaini menasihatkan orang ramai meminum air terutama air putih dengan jumlah yang banyak. Elok juga bagi sesiapa yang otak bisness, mulakan dengan menjual air mineral. Mungkin sambutan tinggi waktu macam ni. Hehe (Wajah Abang Soh senyum manis).

Tambahnya, sekiranya ada tanda-tanda demam, muntah, cirit birit dan kejang dalam kalangan orang ramai, mereka dikehendaki berjumpa doktor segera untuk diagnosis awal.

“Tindakan awal boleh mengelak daripada berlaku komplikasi lebih teruk termasuk boleh membawa maut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Abang Soh tak nak sembang panjang. Mohon share penulisan Abang Soh di wall masing-masing. Nak sambung basuh baju kejap. Mengamuk mem besar kalau tengok baju tak berjemur. See you when I see you.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here