Pembagian angpow merupakan tradisi masyarakat Cina apabila menyambut Tahun Baru

Hampir 300 orang berebut di sebuah premis peniaga emas di sekitar Lebuh Bishop bagi mendapatkan angpow dan lain-lain cendera hati yang mana telah mencetuskan suasana huru hara dan kecoh seketika. Sebenarnya angpow tersebut hanya dikhaskan kepada kelompok warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sahaja sempena sambutan Chap Goh Mei.

Walaupun ditempatkan petugas keselamatan untuk menjaga, yang mana bertungkus lumus berusaha mengawal keadaan dan meminta mereka untuk berbaris dengan teratur, ada yang kelihatan terjatuh di lantai, manakala tangisan kanak-kanak pula memburukkan lagi kecelaruan keadaan di sana.

Difahamkan bahawa para warga emas dan OKU diberi 200 kupon khas oleh syarikat tersebut di kuil Khoo Kong Si pada dua minggu lepas, yang mana ianya boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah di Georgetown pada Selasa.

“Namun nampaknya lebih 200 orang muncul hari ini, mungkin mereka yang tidak mendapat kupon itu dengar kami akan mengagihkan hadiah hari ini, dan mereka datang juga dengan harapan berpeluang dapat juga hadiahnya,” kata wakil syarikat itu.

Akhirnya keadaan terkawal dan dapat ditenangkan. Majlis penyampaian berjalan dengan lancar beberapa minit kemudiannya dalam acara pembahagian hadiah seperti yang dijanjikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here