Wang saguhati bernilai RM10,000 ditawarkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Kepong bagi sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menangkap perompak yang menyerang wanita dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara baru-baru ini.


Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau membuat tawaran itu disebabkan mahu penjenayah berkenaan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

“Yang paling saya takuti ialah, jika dia tidak ditangkap dalam masa terdekat, ia mungkin akan mempengaruhi penjahat lain supaya melakukan jenayah dengan cara yang sama, iaitu dalam lif atau mana-mana tempat yang terlindung.

“Malah, mereka mungkin akan turut mensasarkan golongan lelaki pula atau bergerak secara dalam kumpulan,” katanya lagi.

Selain itu, wujudnya berita buruk sebegini boleh menjejaskan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Polis mengedarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Sabtu menunjukkan yang mana seorang wanita telah menjadi mangsa rompak dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada 14 Februari lalu.

Gambar rakaman cctv sebelum mangsa ditumbuk

Rusdi Mohd Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi ketika wanita berusia 48 tahun itu berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

Selain mengalami kecederaan, mangsa juga turut dirompak wang tunai serta kad ATMnya.

Tambah Lim, dia meminta agar sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh hadir ke pejabatnya di Kepong atau menghantar e-mel ke parlimenkepong@gmail.com untuk memberi bantuan berkaitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here