Kereta api separuh laju pertama India tidak berfungsi hari ini akibat bertembung dengan seekor lembu di atas landasan. Ianya berlaku selepas sehari Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan perkhidmatan penumpang baru di negara itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi

Kereta Api Ekpress Vande Bharat membuat perjalanan pertama semalam dari New Delhi ke bandar raya Varanasi yang dianggap sebagai kereta api paling laju di India dan dibina di bawah program ‘Make in India’ kerajaan pimpinan Modi.

Menurut Indian Railways, pertembungan dengan lembu telah mengganggu bekalan elektrik kepada empat gerabak dan merosakkan sistem breknya. Kejadian ini berlaku semasa ianya dalam perjalanan pulang ke bandar raya itu hari berikutnya.

Jurucakap syarikat itu, Smita Vats Sharma, “Kereta api itu kemudian mengalami isu teknikal dan terkandas dalam perjalanan ke New Delhi,” katanya.

Kereta api itu tiba dengan selamat di ibu kota India berkenaan menjelang perjalanan komersil pertamanya esok.

Kehadiran lembu di jalan raya dan landasan kereta api merupakan perkara biasa bagi negara India, terutamanya bagi daerah Uttar Pradesh di mana kawasan kemalangan berlaku.

Parti nasionalis pimpinan Modi sejak memegang kerajaan telah melancarkan gerakan membasmi penyembelihan lembu yang mana ianya dianggap suci oleh penganut Hindu. Sejurus itu kesannya kepada kepada peningkatan jumlah haiwan itu secara tidak langsung di negara berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here