Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan berita Suhaimi Saad mencabar Angkasawan Negara, Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah berkenaan teori bentuk muka bumi iaitu sfera. Pagi Jumaat semalam, Sheikh Muszaphar Shukor tampil menjelaskan bentuk sebenar bumi yang menjadi pertikaian segelintir pihak, terutama pendukung teori bumi rata.

Sheikh Muszaphar juga merupakan angkasawan Islam ke-9 meneroka angkasa lepas berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menceritakan fakta sebenar keadaan bumi dilihat dari angkasa lepas kepada rakyat Malaysia bagi menghentikan kekeliruan dan tanda tanya rakyat.

Di bawah hasil caption beliau dimuat di akaun Instagram miliknya bagi menjawab persoalan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Pic – Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar … Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah …SubhanAllah … And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn … Love As Always … PS – Just wanted to straighten the facts !

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, berbentuk geosfera. Tidak seperti bola tetapi lebih kepada bentuk telur.

“Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000km sejam.

“Melihat kebesaran maha pencipta yang amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. Masya-Allah. Subhanallah!”

Setiap manusia perlu ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang bagi menyaksikan sendiri keajaiban dan keindahan ciptaan Sang Pencipta.

“Ia mengubah perspektif anda mengenai kehidupan secara menyeluruh, menjadikan anda lebih yakin dengan Pencipta. Pengalaman (di angkasa lepas) sangat memukau dan menakjubkan,” tambahnya lagi.

Penjelasan Sheikh Muszaphar itu dipercayai merujuk kepada cabaran penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang memberikan cabaran agar beliau bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikan  bahawa bumi sebenar adalah berbentuk sfera.

Cabaran berkenaan di muat naik di entri akaun Facebooknya baru-baru ini bagaimanapun telah mengundang kecaman ramai netizen yang mana jelas ketahui dan kita belajar di peringkat sekolah rendah lagi menjelaskan keadaan sebenar bumi.

Untuk mengubah pandangan penyokong teori bumi datar, yang meyakini bumi berbentuk rata adalah sukar menurut Sheikh Muszaphar.

“Sukar sebenarnya untuk mengubah pemikiran golongan ‘flat earth’.

“Tetapi saya di sini berkongsi pengalaman terhadap apa yang saya lihat. Dengan nama Allah, ia datang dari dalam hati saya,” katanya dalam entri itu.

Namun, respon Suhami terhadap penjelasan itu mendakwa Sheikh Muszaphar tetap tidak menyahut cabarannya untuk bersumpah.

“Mungkin Dr tak berapa jelas apa yang SS (Suhaimi Saad) maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya SS dah tulis dengan jelas.

“Masya Allah Subhanallah dan In the name of Allah bukan lafaz sumpah. Itu zikir biasa. Takpalah. SS cuma cabar sahaja. SS tak paksa pun Dr sumpah. Mungkin Dr tak suka bersumpah. #husnuzon,” katanya.

Walau telah dijelaskan sendiri oleh Angkasawan Negara, Suhaimi Saad tetap tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut malah turut mempertikaikan perbezaan antara bentuk sfera dan bujur telur yang dijelaskan oleh Sheikh Muszaphar.

“NETIZEN yang dirahmati Allah sekalian..😄

Tu la,
Kalau ss cakap korang b*d*h,
korang marah😂
Terasa,sentap,meroyan.

Dulu masa ustad,ustazah ajar lafaz sumpah,korang main main,tak fokus,tido,ponteng..

Sekarang,
Dah nak salahkan ss pulak😄
Kata ss ego la,kuat spin la,tak nak terima kenyataan bla bla bla bla..

Ma sa alahnyeeer..

Ma sya Allah..SubhanAllah dan In the name of Allah tu zikir..
bukan sumpah.
Korang paham tak maksud zikir tu?😅
Simple je kot…takkan tak paham..kata islam😁gi sekolah..😂

Lafaz sumpah adalah :

WAllahi..wabillahi..watAllahi..

Kalau ss cakap korang sesat,
Korang marah kan?
Masalahnya..

Korang ni memang dah sesat😂
Lafaz sumpah ngan zikir pun tak reti nak bezakan.

Ntah ntah bulat,sfera ngan datar pun tak faham😂

Oklah,
ss nak solat Dhuha jap.#riyak

Komen dulu eh,
Tengok la pas Jumaat ke,kalau tak busy ss delete la😂😂😂”.

SORRY SORRY😄

Lepas ss dan Ina tergelak tadi,
Nak tambah sikit lagi😂

Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera.

Pagi ni Dr kata,
tak sfera sangat.
Macam bentuk telur😂😂

Dr biar betul..?😆

Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar Dr kata sfera.

Tup tup tup,Dr kata macam telur pulak.

Yang ss tau,sfera tu macam bola.
Telur tu macam bujur sikit.
Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan?ke macam telur?😅

Okey,ss husnuzon.
mungkin Dr maksudkan telur Penyu😁

Elok la Dr tak bersumpah..
ss takut jugak kalau Dr termakan sumpah.

Sebab Dr tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan.
Mungkin Dr dah tak berapa sure.

Takpe,
ss faham.
ss maafkan.

Tq sekali lagi Dr ya sebab sudi respon.

Netizen,
Banyakkan bersabar ya.
Selawat banyak banyak ya.
Mana tau,berkat selawat korang,bumi jadi sfera semula😁kan?

Allah Maha Kuasa.
Makhluk tak ada kuasa.

La ilaha illAllah

Ini antara status yang Suhaimi Saad muat naik di akaun Facebooknya dalam menentang penjelasan dari Angkasawan Negara sebelum ini seakan-akan tidak bersetuju dengan maklum balas diberikan. Justeru, doa yang terbaik buat beliau dan keluarga dan mungkin netizen tidak perlulah terlampau ambil berat berkenaan hal ini bagi mengelakkan lagi permasalahatan yang berlaku.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here