Jarang-jarang terjadi di dalam pertandingan bola sepak apabila pemain ‘diganggu serta terganggu’ oleh objek asing yang berada di atas padang.

Insiden memalukan ini telah terjadi kepada penjaga gawang Ajax Amsterdam, Andre Onana apabila dia tergelincir ketika mahu menyepak bola sewaktu perlawanan menentang Real Madrid.

Kejadian tersebut berlaku sebelum pasukannya tewas 2-1 kepada jaguh Sepanyol itu pada perlawanan pertama saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) di Amsterdam, awal pagi tadi.

Sewaktu penjaga gol antarabangsa Cameroon itu ingin menyepak bola apabila mendapat hantaran belakang, bola itu bergolek melepasi kakinya setelah terkena cawan plastik dan sekaligus menyebabkan pemain itu terjatuh.

Dalam keadaan tersipu-sipu Onana,22, bangkit untuk meneruskan perlawanan dan menyebabkan situasi itu antara yang menarik perhatian ramai.

Dalam perlawanan tersebut, Kelab dari Belanda itu beraksi dengan baik apabila membawa perlawanan pada kedudukan seri 1-1 namun pada lewat perlawanan Asensio telah menyumbat gol kemenangan Real sekaligus membawa bekalan yang sukar ke Bernabeu bulan depan.

Berikut adalah serba ringkas mengenai penjaga gawang ini:

Nama : André Onana

Tarikh lahir : 2 April 1996

Umur : 22 Tahun

Tempat Lahir : Nkol Ngok

Warganegara : Cameroon

Posisi : Penjaga Gawang

Jersi bernombor : 1

Karier Terdahulu : Pernah menyertai Akedemi Samuel Eto’o dan Barcelona (2010-2015) dan telah menyertai pasukan Cameroon bawah 20.

Andre Onana yang menjadi pilihan utama Ajax untuk musim 2018-2019 memiliki aura tersendiri kerana pernah menyertai akademi Barcelona yang telah melahirkan ramai bakat luar biasa di atas padang terutama sekali Lionel Messi.

Kariernya sebagai penjaga gawang utama semakin berkembang pada musim ini bersama Ajax setelah menyertai kelab elite Eredivisie itu sejak 2015. Pemuda kelahiran Nkol Ngok ini mempunyai ketinggian 190cm serta berat badan 82kg merupakan pakej lengkap bagi seorang pemain ternama.

Untuk pengetahuan umum, Edwin Van Der Sar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ajax yang juga bekas penjaga gol handalan pasukan Belanda dan lagenda Manchester United.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here