Penyanyi dan juga merupakan pelajar vokal akademi Mark Adam, Rendy Faliq, mengaku dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan Islam atau menyimpan niat serong apabila hadir dalam industri hiburan menggunakan nama Muslim.

Rendy berasal dari Limbang di Sarawak yang beragama Kristian itu berkata dia tidak menjangkakan nama yang digunakannya kini boleh menjadi mangsa kecaman ramai, selain mendakwa ada menerima ugutan bunuh.

“Tidak pernah terlintas sedikit pun saya nak salah gunakan nama itu untuk tujuan tidak baik.

“Saya tak sangka nama Rendy Faliq boleh jadi isu sebab saya tak ada niat lain kecuali untuk tujuan penampilan pentas atau komersial saja,” katanya melalui aplikasi teks pesanan ringkas.

Nama sebenarnya Andy Baru Francis berkata, terdapat segelintir pengguna media sosial yang berasa tidak selesa dengan nama komersial yang digunakannya dan mendakwa dia sengaja mengambil jalan ringkas untuk meraih populariti. Rendy menjelaskan, dia hanya mula menggunakan nama komersial itu sejak akhir tahun lepas apabila muncul buat pertama kali dengan single Kata Hatiku – runut bunyi untuk drama popular Lelaki Kiriman Tuhan – selepas beberapa tahun menyepi dari radar hiburan.

 

View this post on Instagram

 

K A T A H A T I K U 🦋 Rindu LKT ❤️ • • L E L A K I K I R I M A N T U H A N💐 Ada yang belum layan MV OST Drama “Lelaki Kiriman Tuhan” untuk lagu “Kata Hatiku”..? Ada link di Bio Instagram saya ❤️😘🌹 • • Crews @zeelproduction Video edit @raimeyusoff ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Petikan lagu dari Drama #lelakikirimantuhan @zeelproduction @hj.zil Naira @mfmirafilzah Raid @remyishak Stream ‘Kata Hatiku’ https://youtu.be/fUxeoNfSjEY Rendy Faliq – Official Sosial Media Instagram : https://www.instagram.com/rendyfaliq/ Twitter : https://twitter.com/rendyfaliq —————————————————————————————— Producer : Muhd A. Husni @hotsoundrecord Music Arrangment : Sharon Paul @sharonpaul_msia Mixing & Mastering : Muhd A. Husni @hotsoundrecord Penyanyi Latar : Syamimi Makhetar @syamimimakhetar Guitar Session : Don @1deandon •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• #katahatiku #lagubaru #trending #singlebaru #astrooasis106 #zeelproduction #trending #remyishak #mirafilzah #rendyfaliq #hotsoundrecord #malaysia #indonesia #singapore #bbnu #meletop #artismalaysia #sarawak #sabah #katahatiku #trending #lagujiwang❤😭 #artismalaysia #viralvideos #zeelproduction #hotsoundrecord #viralmalaysia #laguhits #limbang

A post shared by Rendy FaliQ (@rendy_faliq) on

ost Lelaki Kiriman Tuhan 

Hormat-Tak salam perempuan

Sebelum itu katanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai Andy Baru apabila muncul dalam pertandingan Bintang RTM yang dianjurkan pada tahun 2004.

Dengan harapan, penjelasan yang diberikan dapat menjawab segala kekeliruan peminat mengenai status agama yang dianutinya.

Bagaimanapun, kata Rendy, seboleh-bolehnya dia akan cuba menjelaskan mengenai perkara sebenar berkaitan pegangan agamanya sekiranya keadaan memerlukan.

“Sejak saya menggunakan nama komersial Rendy Faliq, ramai beranggapan saya beragama Islam dan mereka memberikan salam.

“Namun, saya akan cuba terangkan bahawa saya bukan Muslim dan harap mereka faham”, katanya.

Rendy tetap menghormati batas yang ada dalam agama meskipun bukan beragama Islam,  terangnya lagi.

“Saya hormat agama Islam. Walau bukan Muslim apabila bersalaman saya tak hulur tangan kepada anak yatim perempuan semasa hadir aktiviti Rumah Titian Kaseh baru-baru ini”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here