Tidak dinafikan kuasa dan pengaruh Media Sosial hari ini amat kuat sehingga memberi kesan samada positif atau negatif kepada sesiapa sahaja terutama selebriti terkenal. Dengan hanya membuat satu posting di Media Sosial kebarangkalian akan menyebabkan karier seorang selebriti tersebut melonjak naik mahupon sebaliknya.

Inilah yang terjadi kepada pelakon Pujaan Hati Kanda si cantik manis Mira Filzah apabila telah dikritik oleh seorang pengguna Facebook kerana didakwa membuat post memerli ijazah palsu.

Posting ini menjadi kontroversi di kala isu ijazah palsu menteri yang menjadi perbincangan serta bualan hangat seluruh negara ketika ini. Satu caption di mana seakan-akan memerli menteri tersebut telah di postkan di satu page Facebook yang menggunakan nama pelakon yang sedang meningkat naik ini.

Dengan menganggap tindakan page yang disangka sebagai Mira Filzah itu telah menyebabkan seorang warganet menyeru pihak yang berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia mengambil tindakan keatas Mira Filzah dan mendesak individu terbabit menarik balik posting tersebut sekaligus membuat permohonan maaf secara terbuka.

KENYATAAN MIRA FILZAH

Menyedari perkara ini telah menjadi isu, Mira menerusi akaun Twitternya menafikan yang dia terbabit secara langsung dengan posting yang dikaitkan dengan dirinya. Tambahnya lagi, dia tidak berminat untuk berdebat di laman sosial namun mahu menjelaskan akaun Facebook terbabit adalah palsu. Kenyataan ini telah dibuat pada awal pagi ini dengan menambah sesiapa sahaja yang berkenaan sepatutnya menyemak terlebih dahulu.

PERMOHONAN MAAF

Tersentak dengan isu ini, page Facebook yang masih aktif dan mempunyai ribuan pengikut itu telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Mira Filzah atas posting berkenaan kerana telah mencemarkan reputasi Mira sebagai artis. Menurut admin page tersebut, akaun berkenaan adalah laman untuk peminat pelakon itu.

Menurut pengendali itu lagi, posting tersebut hanya sekadar gurauan dan tidak disangka akan menjadi tular sedemikian rupa. Permohonan maaf itu dibuat dengan penuh penyesalan serta mendoakan agar Mira Filzah terus berjaya dalam kerjayanya.

Diharap isu ini akan reda dan pihak yang terbabit telah mengeluarkan kenyataan supaya warganet tidak tersalah anggap terhadap pelakon kesayangan ramai ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here