Sejarah dunia menyatakan bahawa manusia pertama tiba di Sweden kira-kira 8,000 tahun sebelum Masihi selepas penghujung zaman Ais apabila pemanasan suhu menjadikan negara Sweden selamat didiami. Orang-orang Sweden pada masa itu kebanyakannya adalah pemburu dan nelayan yang tinggal berhampiran pantai. Bagaimanapun selepas 4000 tahun sebelum Masihi, pertanian telah diperkenalkan ke Sweden. Petani menggunakan alat-alat batu dan senjata. Selepas 2000 tahun Sebelum Masihi, mereka belajar menggunakan gangsa.

Antara pemandangan yang menarik di ibu negara Stockholm, Sweden

Berbeza dengan dewasa ini, Stockholm iaitu ibu Negara Sweden kini telah menjadi pusat perniagaan ‘start-up’ di Eropah. Stockholm terpilih sebagai bandar pusat perniagaan start-up disebabkan kejayaan beberapa syarikat start-up yang kini terkenal di seluruh dunia. Contohnya Spotify yang mula diperkenalkan pada tahun 2006, sehingga kini telah berjaya mencatat nilai pasaran $24.5 billion setakat unjuran tahun lepas.

Spotify antara perniagaan yang menjadi bench mark buat Sweden

 

Sejurus itu, suatu peluang telah diwujudkan kepada pekerja di negara tersebut dengan tementerainya satu rang undang-undang yang dikenali ‘The Right to Leave to conduct a Business Operation Act’ yang diluluskan di Sweden dengan membenarkan pekerja mengambil cuti selama 6 bulan bagi memulakan perniagaan mereka sendiri. Namun, cuti ini hanya layak dipohon untuk pekerja yang sudah bekerja dengan sesebuah organisasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Bagaimanapun, cuti tanpa gaji atau dalam bahasa Sweden iaitu tjänstledighet boleh ditolak oleh majikan andai pekerja yang memohon adalah pekerja yang berkepentingan dalam urusan organisasi tersebut. Selain dari itu, sifat dan jenis perniagaan yang ingin dibuka oleh pekerja mereka juga harus berbeza daripada bisnes majikan sedia ada. Ini mengelakkan persaingan sesama sendiri. Misalnya anda bekerja dalam industri ukur tanah, perniagaan anda haruslah bertentangan daripada aliran industri ukur tanah supaya menjamin perniagaan yang sihat.

Antara syarikat yang terkenal dari Sweden seperi Skype, Minecraft, dan Mojang merupakan antara bukti kejayaan penduduk negara tersebut dalam bidang perniagaan. Sudah pasti dengan adanya akta tersebut akan wujud beberapa lagi syarikat besar dari negara Sweden ini.

Skype antara salah satu syarikat dari Sweden yang terkenal di dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here