Rakyat Malaysia pasti agak lazim dengan kisah animasi pendek Indonesia yang baru iaitu Si Nopal yang menjadi tular di media sosial disebabkan lagunya yang mencuit hati dan menarik memudahkan lagunya menjadi ikutan di bibir netizen kita. Tidak ketinggalan lagu Si Nopal itu turut diparodikan oleh artis Malaysia seperti Ratu Lawak Malaysia, Jihan Muse, Hael Husaini, Wany Hasrita, Sherry Al-Hadad, Kamal Adli dan rakan-rakan artis yang lain.

Untuk makluman, lagu ini merupakan kisah Si Nopal dan adiknya Dede yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Kemudian, baru-baru ini tular di internet dan media sosial berkenaan video penyanyi asal lagu tersebut iaitu Nadiah yang hanya berusia 16 tahun.

Dalam nyayian lagu Si Nopal ini terselit sebutan “bahenol” berulang kali yang rata-rata ramai antara kita tidak tahu akan maksud sebenarnya. Maklumlah iainya adalah perkataan berasal dari negara jiran, Indonesia. Untuk pengetahuan anda, perkataan bahenol ini dalam kamus bahasa Indonesia membawa bermaksud “montok dan menggairahkan”.

respon netizen berkaitan maksud bahenol

Oleh itu, perkataan bahenol memberikan maksud yang tidak baik dan kurang sopan di Indonesia dan ianya amat tidak sesuai untuk ditujukan pada orang tua. Lazimnya perkataan sebegini digunakan oleh orang muda bagi merujuk tubuh badan seseorang wanita yang berpenampilan seksi.

Sudah pasti anda akan rasa terkejut setelah mengetahui maksud sebenar disebalik perkataan “bahenol” ini yang rata-rata mula lekat lirik lagunya Si Nopal di bibir netizen. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat perkataan bahenol adalah biasa di Indonesia dan tidak membawa maksud seperti diperkatakan.

Menurut komen netizen dikenali sebagai Hayati Hachi:

“Pu azman minta maaf pasal perkataan bahenol atu..yg bermaksud bersemangat ataupun org yg badan nya berisi..mcm yg ku ckp, sesuatu perkataan atu boleh berubah makna nya mengikut ayat yg di gunakan..ataupun kadang2 mengikut dimana tempat ayat atu di gunakan..mungkin di satu daerah indon lain, ane maksud nya, arah daerah lain, lain lagi maksud nya..haaa gitu~ yg penting masih jua bagi ku bahenol atu bapa si nopal😆

Pjg2 saja ku taip..kamu liat lah arah ig pu azman atu☺️ walauapapun, berkhemah berkhemah berkhemah sama si nopal si nopal anak nya bahenol, bahenol bahenol bahenol iyeeiihh..menyanyi kamu kan?”.

antara komen pengguna FB

Konklusinya, penggunaan perkataan bahenol boleh membawa banyak maksud yang berbeza. Ianya terpulang kepada penyampai yang menyebutnya. Menurut komen dari pengguna fb berkaitan isu ini, bahenol boleh membawa erti berlainan dan berubah maksudnya mengikut dialek di daerah Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here